Friday, December 4, 2009

Kek Marble

Dah lama tak ber'marble' .. walaupun tak secantik mana.. dah buat baru rasa puasss... guna rspi lama2...
Bahan2
250 gm butter suhu bilik
200 gm gula castor
5 biji telur
200 gm tepung naik sendiri di ayak..( tpg gandum + 2sk baking power pun boleh...)
2 sb koko
pewarna ikut suka/plain pun tak pe
Cara
1. Pukul butter n gula hingga gebu, masukkan telur satu persatu
2. Masukkan tepung n gaul rata
3. Panaskan oven 180C selama 10 minit
3. Bahagikan 2 adunan - 1 bhg letak koko n 1 bhg warna ikut suka
4. Sudukan 2 sb setiap bhg berselang seli.. buat hingga habis
5. Bakar selama 45 minit.

Thursday, December 3, 2009

Prawn Tomato Spaghetti

hentam saja tajuk spaghetti niiii.... guna baki2 stok dlm peti ais yg dah melapang.. anak kata boleh letak sofa n TV dlm peti ais ni bu... hahahaha.. belum sempat lagi nak soping barang dapur n target mmg nak 'clear' semua stok2 dlm tin n peti ais tu dulu...

......bwg besar potong dadu/bwg putih potong kecik.. tumis.. masuk 5 biji cili padi tumbuk kasi pedas.. masuk udang.. last masuk 1 tin sos tomato tradisi prego n mix vegi ..boh garam sikit .. dah siapp..
Spaghetti celur ikut arahan pengeluar...

Wednesday, December 2, 2009

Kuih Bakar Pandan

Sesuai utk minum petang... request en hb.... mmg dah lama tak buat kuih ni.. rspi ada di MYR @ di SINI

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula
1 cawan air pandan
1 cawan santan
1 cawan susu cair (sejat)
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau
Sebagai hiasan- sedikit bijan jika suka

Cara-cara
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender kecuali bijan
2. Blender hingga sebati
3. Sapukan loyang dengan sedikit minyak dan tuangkan bahan tadi kedalamnya.Taburkan bijan (jika suka)
4. Bakar 40 - 55 minit pada suhu 180c/ hingga masak / berkerak..

ps..kalau nak kurangkan bau 'keteluran' nye boleh boh sikit esen vanila..


Rasa Mas yang tak rasa emasss...

konon2 nak mencuba ayam panggang di Rasa Mas... hampehhhh... mmg tak sedapp (tekak kawan le) .. tak tau kat mana rasa nye n kat mana mas nyer... lokasi di BP Mall... pertama kali n terakhir... tak da bintang percuma yang boleh diberi.. sedap lagi ayam panggang rosemary geseng yang aku masakk ari tuh..
set apa ntah... syamira punya...


egg tofu goreng...

Tuesday, December 1, 2009

Roti Lapis Daging 2

Melayan roti yang dah nak expired... daging kisar msk ikut selera / 12 kpg roti celup dlm 2 cwn susu + 2 biji telur yg diperisakan garam n lada putih, susun roti diikuti daging... lebihan susu tuang atas roti n bakar hingga msk (180C 40 minit)... siappppppppp...

Monday, November 30, 2009

Kucing mak kitee..

kucing kesayangan mak kite.. tido dgn handfon mak...
zzzzzzzzzzzzz......

mak itam... si comot ... melahirkan anak2 nya pada 2 syawal.. menambah rakyat dalam umah mak kite...
anak2 si comot... 2 ekor.. kenan senandung dayang sebab mak n abah kite suka tgok drama di TV tu.. hihihi.. ada ke patuttt.. mesti bapak 2 branak ni warna itam kan...

Thursday, November 26, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA..

Di kesempatan ini saya sekeluarga mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA buat semua pengunjung Inspirasiku.. Semoga ikatan persahabatan antara kita bertambah erat dan mesra hingga ke akhir hayat. Andai kata ada tersalah kata,terkasar bicara, terlebih usik mengusik.. ampun dan maaf di pohon...

Kepada pengujung yg datang, harap tidak berkecil hati jika sapaan tidak berbalas, InsyaAllah saya akan membuat kunjungan balas ke blog kalian..

kad dpd abbort.. terima kasih daun keladi...

Wednesday, November 25, 2009

Nasi Lemak Pandan



Nasi lemak pandan @ hijau..... breakfast n lunchhhh sekali... Branchhhh...

Monday, November 23, 2009

Blueberry Jam Muffin



muffin utk minum petang... boh jem blueberry...

Kim's Moist Muffins
Submitted by: Kim-Marie


Serves: 12
Preparation time: 15 minutes or less
No melting butter or beating sugar until fluffy!
Easy to cook and easy to eat!
Ingredients
220 g self-raising flour (1 1/2 cups)
1/2 - 3/4 cup vegetable oil (dinasihatkan guna 1/4 - 1/2 cawan je)
3/4 cup buttermilk or regular milk
1/2 - 3/4 cup caster sugar1 egg, lightly beaten
1 teaspoon vanilla extract
150 g added flavours (frozen raspberries, dark/milk/white choc bits, grated apple, mashed banana) (...guna almd nibs)
Method
1. Preheat oven to 180°C..

2. Grease muffin tins or use liners.
3. Mix all dry ingredients together and make a well

4. Mix all wet ingredients together and pour into the well.
5. Add flavourings and mix well until just combined.
6. Place in tins and bake for 15-20 minutes or until lightly browned.


Lemon Rosemary Chiken Grilled



haaaaaaaa... failedddd.. terlebih grill.. nsib baik tak rentung.. kes terliur tgok kat dapur k zai n hana... tq kzai n hana...

Friday, November 20, 2009

Kek Coklat 2

kek diebetis.. sana sini ada gula... sekali2 tak pe.. jeles tgok aksi dak danial jepun tuh.. so auntie kene lah buat kek ni... rspi copy dari dapur mak danial... tq hana, KOG n Hasue..

Bahan-bahan
Bahan A:
2 cawan tepung
1 cawan koko
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
2 cawan gula halus >ayak sebelum disukat
Bahan B:
4 biji telur
1 cawan marjerin cair - hana gune myk masak jerk!
1 cawan susu pekat


Bahan C:
1 cawan air panas didih

Cara-cara
1. Panaskan pengukus. Pastikan air kukusan sudah mendidih bila kek hendak dikukus
2. Ayak terus bahan2 A ke dalam mixing bowl. Kacau menggunakan whisk
3. Masukkan bahan B dan kacau sekata
4. Masukkan pula bahan C dan kacau sehingga adunan betul2 sebati
5. Gris loyang dan taburkan tepung/alas kertas minyak.
6. Masukkan adunan ke dalam loyang. (untuk menghasilkan tekstur kek yg benar2 sekata dan x berketul2,Sue tapis adunan semasa memasukkannya ke dalam loyang)
7. Kukus sekurang2nya 1 setengah jam (tutup loyang dengan aluminium foil ketika mengukus)

Utk Topping

1/2 cwn serbuk koko van houten
1/2 cwn susu pekat
2 sudu besar air panas
1 sudu besar butter@marjerin

Campurkan semua bahan dan masak secara double boiler hingga agak pekat dan sebati. kemudian curahkan ke atas kek.

yang ni utk kawan kat bilik guru...

Sup Ayam dengan Lengkuas


makan2 semalam.... resepi asal oleh Yani di MYR... pandai2 tambah serai n daun limau purut.. hihihi.. maka jadilah cik tomyam berlengkuas... TQ yani...

Wednesday, November 18, 2009

Cantonese Egg Tarts


egggggggggggg tartttttttttt......

http://en.christinesrecipes.com/
Makes about 10-12 egg tarts (3-Inch Wide 1-1/2-Inch Deep Tart Tin)

Ingredients of crust:
225 gm plain flour
125 gm butter
55 gm icing sugar
1 egg, whisked
a dash of vanilla extract

Ingredients of custard:
3 eggs
110 gm caster sugar
225 gm hot water
85 gm evaporated milk
1/2 tsp vanilla extract

Method (making crust):
1.Place butter at room temperature until softened. Cream the butter and sugar with an electric mixer over medium speed until the mixture is smooth, fluffy and light in color.
2.Add in whisked egg, half at a time, beat over low speed. Add vanilla extract, mix well.
3.Sift in flour in two batches, scraping down the sides of the bowl between additions with a spatula, and make sure all ingredients combine well. Knead into dough. (see picture)
4.Roll out the dough to a 1/2 cm thickness. Cut dough with a cookie cutter that is just a bit smaller than your tart tin in size. Line dough in the middle of tart tins, one by one. Lightly press the dough with your thumbs, starting from the bottom then up to the sides. While pressing the dough, turn the tart tin clockwise/anti-clockwise in order to make an even tart shell. Trim away any excess dough.
Method (making custard):
1.Add sugar into hot water, mix until completely dissolved.
2.Whisk egg with evaporated milk. Pour in sugar water. Mix well.
3.Sift egg mixture to get rid of any foam into a tea pot. Carefully pour egg mixture into each tart shell.

Method (baking tarts):
1. Preheat oven to 200C. Position rack in lower third of oven. Bake tarts for 10 to 15 minutes until the edges are lightly brown.
2. Lower the heat to 180C. Keep an eye on them. Once you see the custard being puffed up a bit, pull the oven door open about 2 to 3 inches. Bake for another 10 to 15 minutes until the custard is cooked through. Just insert a toothpick into the custard. If it stands on its own, it’s done.

Tuesday, November 17, 2009

Cream Puff

projek di minggu serangan 'be sold' ari tuh ...pinjam word kak zie ni... saja nak letak rspi untuk rujukan akan dtg n dikongsi bersama kwn2... rspi dr MYR oleh zaliana... minta halal n izin C n P rspi disini .. smga pahala berpanjangan...amin

Bahan-bahan ( untuk 28 biji cream puff )
125 gm self raising flour atau tepung gandum + 2 sudu teh baking powder
100 gm butter
250 ml air
1/2 sudu teh gula
3 biji telur


Bahan-bahan untuk inti jagung
1 cawan air
1/2 cawan susu cair
1 cawan jagung dalam tin
1/2 cawan tepung kastad
5 sudu besar gula

Cara-cara untuk puff
1. Panaskan air,gula dan butter dalam periuk sampai mendidih.Masukkan tepung,kacau hingga adunan tak melekat pada periuk.Sejukkan
2. Pukul telur satu persatu ke dalam adunan dengan mixer
3. Masukkan adunan ke dalam piping bag.Pipe menggunakan nozzle bentuk bintang
4. Spray air ke atas doh untuk membantu adunan naik.Bakar dalam oven hingga permukaan puff kecoklatan,lebih kurang 30 minit.
5. Gunting sedikit bahagian tepi puff dan pipe kan inti jagung


Cara-cara untuk inti
1. Kacau tepung kastad dan air.Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula.Kacau hingga naik wap
2. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak.Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff

KFC at 6A2....

KFC vs ubi rebus plus sambal tumis... sedih atok KFC klau tgok majlis nih.. Tq to semua pelajar 6A2.. atas majlis makan2 ini.. semoga semuanya mendapat keputusan cemerlang dalam STPM..
anak2 dara 6A2.. n guru2...
amoi2 6A2..

Sunday, November 15, 2009

Cheese Cake

Mengecheese lagik... mencuba resepi Biduri di MYR .. simple n sedapp.. cuma tambah base biskut marie biasa n butter.. n mggunakan strawbery yogurt.. plus 3 sb bluebery jem dlm adunan.... minta izin C n P rspi untuk dikongsi dengan rakan2 blogger yg lain.. TQ Biduri n MYR..

Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula


Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander. Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit.
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan rasa cheese cake yang sedap

Saturday, November 14, 2009

Malam Harmoni Satu Bentara

Makan2.. siam menu..yang tak berapa siam.. kureng sana sini.. apa pun berSyukur atas nikmat yang diberikan...
daftar nama, ambik payong.. musim hujan ni.. hihihi.. ambik goody bag..
2 mak dara plus 2 dara sdbl.. akak tinggi rupanyer ek... mmg kisah benar... hahaha...

pengacara majlis sedang membetulkan skrip.. Ustazah Norazizah.. ada org ngeri tgok muka ni.. takut bocor rahsia muda2... sapa lah tuh ek..
meja santapan.. tema pakaian glemmm... tpi kita org belasah baju raya jer.. mcm salah tema pulak ek.. ala.. cikgu2 tua cam kita ni mane lah sempat nk glemm.. sempat pakai lipstik tu pun dah okey... simple tapi manizzzz.....
Ustazah Rokiah... next yr dah nk pencen.. meja ni brtuah 2 org ustazah dok semeja.. tak putus2 berdoa agar rakan semeja dpt bawa balik TV Sony Bavia 32 in tu .. or ACER laptop or handcam or digital camera... sudahnyer.. kita org dpt makan jer.... ye lah nama nyer pun cabutan brtuah.. malam ni tak myebelahi kami... tunggu nex yr....

hadiah2 biasa... hadiah utama lum letak lagi..

dessert... yg dilayan semasa menunggu cabutan brtuahhh...

Piza at Kabin 6A3

Jumaat 13/11/2009 ... 12.01 pm... suasana di luar kabin.. hujan lebat..
dalam kabin.. jamuan ringkas hujung tahun pelajar 6a3.. smga mdpt kejayaan cemerlang n all 'A' dalam STPM..

piza panazz..

LinkWithin

Blog Widget by LinkWithin